Sunday, November 27, 2011

Lawatan Wakil BDAT dan WISA ke Iskandariah.


Pada  18 November  2011 yang lalu wakil Biro Dakwah dan Tarbiah BKPSM berserta dengan Mahasiswi Sabah Mesir (WISA) telah berkunjung ke Asrama Yayasan Sabah Iskandariah (AYSI) untuk menjalankan beberapa program di  Iskandariah.

Wakil bagi BDAT ialah saudara Mahadir Amboala , Mohammad Amirul Hadi Bin Haidon Hadi (Unit Usrah BDAT) dan Shaima' Arshad (Timbalan BDAT) selaku wakil bagi BDAT dan Timbalan Yang Dipertua BKPSM saudari  Kartika Binti Haplan dan mantan Timbalan Yang Dipertua BKPSM     saudari Azlinah Abdul Gani.

Program yang di jalankan adalah:

WISA 

-One soul one love-

Pengisianya ialah Ucapan dari ketua WISA, suai kenal dengan pelajar baru ,slot pembentangan kertas kerja dari Ustazah Azlinah Abdul Gani, game ukhuwwah, pembentangan qarar WISA, sesi dialog bersama ketua WISA dan AJK  WISA.

BDAT

-Usrah gabungan-

Pengisian oleh saudara Mahadir Amboala dan saudari Shaima’ Arshad

Selain itu program lain ialah  Mesyuarat bersama  AJK DMSI (Delegasi mahasiswa/wi Sabah Iskandariah) , wakil WISA dan wakil BDAT .












Thursday, November 17, 2011

Muqaddimah Dari Muhafazah



Alhamdulillah Rabb seluruh alam...yang mengizinkan bumi ini ber-khalifah dan tiadalah manusia itu melainkan sebenar-benar khalifah dan selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W utusan Allah untuk kita umat-umatnya di akhir zaman..

28 Oktober tinggalan sejarah sekitar 2 minggu lalu telah mencerna sekali lagi,seperti yang tahun-tahun sebelumnya perhimpunan pelajar-pelajar Sabah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Sabah Mesir kali ke-29 .

Perhimpunan yang menyaksikan kunjungan bukan sekadar pelajar-pelajar Kaherah malahan pelajar-pelajar dari muhafazah yang berlainan,semuanya semata-mata untuk menjayakan bentukkan ajkt BKPSM baru bagi sesi-2011/2012.

Jujur,perlantikan sebagai peneraju Delegasi Mahasiswa Mahasiswi Sabah sesi-2011/2012 bukanlah satu jawatan yang boleh dibuat ala-kadar melainkan bahu semakin memikul rasa kepercayaan.Terasa menjadi harapan dan rasa dipercayai,itulah rasa utama yang sentiasa menyokong untuk Demmas kali ini bergerak sebagai biro yang mendengar kebajikan kawan-kawan yang duduk tinggal dan belajar terutamanya di sekitar Dumyat,Iskandariah,Zaqazik,Tanta dan Mansourah disamping berusaha merancang aktiviti dan program yang dapat mengisi masa lapang selain memelihara silah ar-rahim sesama kita ahli BKPSM.
Menyebut tentang program dan aktiviti tahun ini,Demmas menganggarkan pengisian yang terbaik dan dari itu juga,Demmas kali ini bersifat terbuka untuk mendengar pendapat-pendapat dari orang furu’ khasnya untuk mengadakan program atau aktiviti dari kalian sendiri bersesuaian dengan masa lapang dan tempat tertentu dan kami akan cuba mengusahakan dan mempertimbangkannya.

Akhirul kalam,ini lah muqaddimah saya selaku ajkt Demmas fatrah kali ini,muqaddimah yang dikarang semata-mata untuk mengucapkan terima kasih dan terlalu berterima kasih atas kesudian memberi kepercayaan.Insya Allah,dengan kerjasama kawan-kawan sekalian terutamnya orang-orang furu'..kami warga ajk Demmas dan biro-biro lain sedia menjana yang terbaik untuk kemaslahatan kita semua.

Sekian & salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sekadar renungan....

Saidina Umar pernah berkata,''Tiada Islam yang sebenar melainkan dengan jemaah,tiada jemaah yang sebenar melainkan dengan pemimpin,dan tiada pemimpin yang sebenar melainkan dengan ketaatan.''


Ketua Demmas 2011/2012
Mohd Shahrizal Sabal

Friday, October 28, 2011

PERUTUSAN AKHIR DEMMAS

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi semusim kita bersama menempuhi saat-saat manis , masin , masam , pahit , luka , gembira , ketawa , senda gurau dan sewaktu denganya.

Setiap permulaan pasti ada pegakhiranya,setiap ayat pasti ada noktahnya,setiap hujung pasti ada pangkalnya, setiap awal pasti ada akhirnya.Begitulah setiap jawatan yang disandang pasti ada penggantinya.

Motif tujuan utama saya selaku menjadi ketua DEMMAS  musim ini hanya untuk menyampaikan apa yang saya perolehi semasa saya pernah memegang jawatan sebelum ini di Malaysia.Namun,tanggapan saya sedikit tersasar."Mesir dan Malaysia jauh berbeza".Cara untuk mempraktikan apa yang diperolehi di Malaysia ternyata berbeza sekiranya untuk dipraktikkan di Mesir.


Terutamanya dari segi  Masa ,Bahasa ,Budaya ,Kawasan ,Persekitaran dan cara pengendalian pelajar berbeza berbanding di Malaysia. Namun, salah satu perkara yang memudahkan dalam mengatur aktivit-aktiviti dan events yang akan di langsungkan adalah melalui online [facebook , blog etc] mahupun secara  direct [face 2 face atau colling2].

Terima kasih kepada semua ahli BKPSM yang menyupport DEMMAS semusim ini.Tidak lupa juga kepada Yayasan Sabah Kaherah , El-Attal Groups Companies , Kelab UMNO Kaherah , DMS Iskandariah , DMS Tanta , DMS Damanhur , DMS Mansurah , DMS Dumyat , DMS Zaqziq yang banyak membantu dalam menjayakan program-program DEMMAS dan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


Akhir kalam dari saya wakil bagi Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] memohon jutaan kemaafan sekiranya ada di antara aktiviti-aktiviti yang kami rancang dan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.Kita hanya merancang,namun Allah yang menentukan segalanya.

Tidak lupa juga kepada orang kampung dan seluruh warga BKPSM silalah support  BKPSM dan sesiapa sahaja yang bakal memimpin DEMMAS dengan sepenuhnya. 

"Dari Kita Untuk Kita".


Sekian.Wassalam.


"UKHUWAH MERENTASI SEMPADAN"

"JIL MANSYUD PENERAJU UMMAH"


Dari kami,

Barisan kepimpinan ,

Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah,

Sesi 2010/2011.

*Salah satu gambar pilihan DEMMAS yang menjadi kenangan musim ini.


Penterjemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalendar